Showing posts with label Hadis Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Hadis Ramadhan. Show all posts

Salam Ramadhan 1432H


Assalamualaikum wbt..



Salam Ramadhan
Untuk Semua
Kaum Muslimin & Muslimat
Seluruh Dunia



Street Photowalk #1


Assalamualaikum wbt..


Tangan yang memberi itu LEBIH BAIK dari tangan yang menerima

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud
" Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara,
(iaitu) sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan
anak yang soleh yang berdoa untuknya...."
[Riwayat Muslim]

Ketibaan Ramadhan Yang Dinantikan..



Assalamualaikum wbt..


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
mcm tak percaya kan
setahun telahpun berlalu
ternyata begitu pantas masa berlalu
sampaikan aku tak sedar dan tak percaya
yang skang nie, iaitu pada hari ini
aku telah pun berpuasa
bukan puasa sunat ataupun puasa ganti
tapi puasa di Bulan Ramadhan..!!
Alhamdulillah...
nampaknya Allah swt bagi lagi aku peluang
untuk merasakan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan
di samping untuk perbaiki diri aku di bulan mulia ini

Sabda Rasullullah saw yang bermaksud :

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

" Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup,
dan syaitan pun dibelenggu
.. "

Apabila syaitan dibelenggu
tapi hati kita
mulut kita
mata kita
tangan kita
akal kita
kaki kita
telinga kita
pendek kata semua anggota kitalah
masih lagi melakukan perkara yang sia2,
itu bukan lagi hasutan daripada syaitan
tapi dari DIRI KITA sendiri

Oleh itu, marilah kita semua sama-sama memperbaiki diri dan
meningkatkan lagi amalan kita di bulan yang mulia ini
wallahua'lam



Setiap kata-kata yang terlahir dari hati ini
setiap ungkapan-ungkapan yang terucap
setiap gurau senda yang tercipta
setiap n3-n3 yang terpost
setiap komen-komen yang terbalas
andai ada yang mengguris jiwa
menusuk kalbu
melunyaikan hati
ampun & maaf aku pinta
dari hujung tudung hingga ke hujung heels

Salam Ramadhan 1431H
Untuk Semua Muslimin & Muslimat