Assalamualaikum wbt...

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian
termasuk hijab tidak ada kaitan dengan agama.

Sebaliknya ia hanyalah sekadar pakaian atau gaya hiasan semata..

Dan apabila seorang wanita itu masih bertahan dengan prinsip hijabnya,

maka syaitan pun beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya yang lebih halus itu..??

Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka,
maka syaitan akan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta [siku-telapak tangan]

"Ah! Tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan baju panjang,"
begitulah bisikan syaitan

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan
ternyata para lelaki juga melihatnya seperti biasa

Maka syaitan berbisik "Hah! Tiada apa-apa kan..??"

Membuka Leher & Dada
Setelah menampakkan tangan dan menjadi kebiasaan,
maka datanglah syaitan membisikkan perkara baru lagi.

Kini buka tangan sudah menjadi lumrah,
maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi iaitu
membuka bahagian atas dada kamu.
Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka,
hanya sedikit untuk mendapatkan udara agar tidak panas.
"Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi,
"Pakaianmu hanya begitu2 saja. Cubalah fesyen yang lebih bagus!
Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat
biar lebih indah dan cantik dipandang"


Maka tergodalah si wanita.
"Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang,
hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza agar nampak lebih feminin"

Maka jadila mereka wanita yang disebut Rasulullah saw sebagai kasiyat 'ariyat [berpakaian tapi telanjang]

Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat kamu susah berjalan atau duduk, kerana sempit.
Kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati paha.
Dengan itu kamu akan lebih selesa"

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benarlah dengan
dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati
paha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih power

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya.
"Oh! ada yang terlupa. Kalo kamu pakai baju sedemikian,
maka tudung yang besar tidak sepadan lagi.

Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan.
Orang tetap akan menamakannya tudung"


Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian.
Syaitan datang memberi idea lagi
"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan.
Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai.
Malah kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu
suka supaya kelihatan lebih menawan."


Maka sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya

Membuka Seluruh
Syaitan berbisik lagi
"Kalo langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran?
Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10cm saja.
Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang diatas paras lutut."

Bisikan syaitan benar2 telah menjadi penasihat peribadinya
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan2 jahat sehingga saat kematian seorang anak Adam itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Wallahu'alam..



Sumber : www.iluvislam.com