Aku Benci Dia.. :(
Tuesday, June 16, 2009
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
dia sering mengganggu tidurku..
Aku benci dia
suaranya m'bingitkan telingaku..
Aku benci dia
dia membuatkn aku tak selesa..
Aku memang benci dia..
dia sering mengambil kesempatan ke atasku..
Aku benci dia
dia yang tak pernah puas
Aku benci dia
dia yang bernama N.Y.A.M.U.K
Aku Tetap Aku.. ;)
Saturday, June 13, 2009
Injected By p[A]n[A]d[0]L©

aku tetap aku,
tapi itulah aku…
walaupun kamu cakap aku nie nda betul, sewel ka, gila ka…
tapi itulah aku…
walaupun kamu cakap aku nie temberang ka, "pandai" ka…
tapi itulah aku…
segala kata2 kamu tidak akan mengubah siapa aku
kerana aku tetap aku…
kalo kamu mahu aku jd mcm tue,
nda mungkin akan hapen cos aku tetap aku…
kalo kamu mahu aku b’perangai mcm nie,
nda mungkin akan b’laku cos aku tetap aku…
kalo kamu mahu aku b’ubah,
nda mungkin akan t’jd cos itulah aku…
aku telah ditetapkan begini,
so beginilah jdnya aku…
kalo aku jd mcm tue,
adakah kamu knl aku yg skang nie??
kalo aku b’perangai mcm nie,
adakah kamu suka ngan prangai aku skang nie??
kalo aku b’ubah,
adakah kamu suka ngan prubahan tue???
jika aku jd seperti mereka,
nda mungkin aku akan knl kamu…
jika aku b’perangai seperti mereka,
nda mungkin kita akan b’kwn…
jika aku jd seperti mereka,
nda mungkin ada org seperti aku…
aku tetap aku,
kerana hanya satu sepertiku…
tiada yg sama sepertiku…
tiada yg serupa dgnku…
aku adalah unik,
kerana aku tetap aku…
aku tidak mungkin jd seperti org lain…
aku tetap aku…. ;)
** sapa rasa dia sm cam aQue..??
Aku Bingung..
Monday, February 23, 2009
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
kenapa ini semua terjadi
mengapa ia harus terjadi
di mana silapnya
bagaimana harusku hadapi
siapa yang harus kupersalahkan
aku bingung

Sorry Friend..
Monday, February 16, 2009
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
kalo aku sering berlaku songsang
kalo aku serba kekurangan
kalo aku sering mencipta kebosanan
kalo aku sering menguji kesabaran
kalo aku selalu mencipta kekusutan
kadang-kadang...
bila semua orang duduk,
aku bangun berdiri
pabila semua orang gembira,
aku sendiri berduka
bila semua orang belajar,
aku rela membuta
pabila semua orang pulang,
aku sibuk mentelaah
pabila orang ghairah bercerita,
aku ghairah menyendiri
pabila orang sibuk bermeeting,
aku sibuk memikir diri sendiri
pabila semua orang tidur,
aku sibuk membuat kerja rumah
alangkah indahnya...
kalo semua orang seperti aku
alangkah bahagianya...
kalo manusia semuanya sama
mahu tak mahu
baik atau jahat
kita terpaksa lalui
suka atau benci
kita terpaksa ketemu jua
manusia bergelar KAWAN... ;)
maap yer kalo xoxo ada t'kasar, t'lembut bhsa ngan korg

Set Me Free...
Tuesday, January 27, 2009
Injected By p[A]n[A]d[0]L©

please,
set me free
free from you
free from them
free from any problem
free from any mistake
free from being something else
free from any burden
free from everything
juz let me be F.R.E.E..
if i can't free for my whole life
at least give me some of it
i realy need it..
owez feel free being urself

Di sini.....
Tuesday, January 13, 2009
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
di bawah lindungan payung burukku
hujan yang renyai turun membasahi bumi
mengeringkan noda2 kota
di sini
ku menantimu dengan sabar
ku cuba fahami situasimu
namun
saat telah hilang
minit semakin berlalu
tapi engkau masih lagi belum kunjung tiba
oh basku,
mana engko nie??
ujan nie tau........

♥ Owez With You.....
Saturday, December 27, 2008
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
when they left you behind
when you feel so lonely
when you think you are all alone
when you think this life is s**t
turn you head and look up there
there someone dat never forget you
there someone dat owez watching you
someone dat you owez forget and ignore
someone dat owez with you without you realize it...

R.E.M.A.J.A...
Thursday, December 18, 2008
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
becoz i dun have any idea tuk d post so, aku ambe ar satu artikel nie dr
www.iluvislam.com which i tink seswai tuk aku post over here..
diz poem is all about teens..
i present it to u guys....
DUNIA REMAJA
muannas_muslimah
editor : ibnulatef
Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.
evrything dat t'tulis on dat poem, its true ri8??
sib bek aku nda mcm yg dlm poem tue..heehee
p/s: teda niat tuk menyindir mn2 pihak yg masih idup ;p
sometink 2 share....
Sunday, October 19, 2008
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
hallo again...hehehe (blk2 m'post... m'posttt trus...) borink bha, jd nie lar yg leh aku wat..hhhe td aku msk satu website nie, t'jmpa lar aku ma satu puisi yg aku rasa mmg bagus ar... jd, kiranya aku mo share2 ar ma korg puisi nie...hehehe
Tolong dan bantulah aku
Wahai Tuan Punya Dunia dan segala isinya
Tolong dan rahmatilah aku
Wahai Tuhan empunya diriku yang hina
Tolong dan redhailah aku
Wahai Tuhan Pentadbir Alam Semesta
Wahai saudara seakidahku
Tolong ingatkan aku andai terlupa
Terlupa bahawa diri ini ada yang punya
Tolong, tegurlah aku andai tersalah
Tersalah langkah membawa padah
Tolong, betulkan aku andai tersasar
Tersasar jauh dari landasan sebenar
Tolong, bantulah aku andai tersungkur
Tersungkur jatuh dosa melumur
Tolong, doakan aku agar kuat
Kuat semangat agar jiwa diikat
Tolong, doakan aku agar bertahan
Bertahan membina taqwa dan Iman
Tolong dan tolonglah,
Aku memohon Wahai Tuhan Maha Pengasih
Tolonglah aku hambaMu ini
Wahai manusia mengaku saudara
Tolonglah saudaramu yang berdosa ini!
So, how guys???
Bestkn puisi nie..
Disamping aku m'share2 puisi nie ma korg, aku sgt b'harap lar kiranya korg leh tolong aku mcm yg t'sebut dlm puisi 2.. kn teda manusia yg perfect but we can try 2 b perfect coz nothing is imposibble, rite...ehehhe
TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA.....
Monday, October 13, 2008
Injected By p[A]n[A]d[0]L©
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...
Wallahualam...