Assalamualaikum wbt

" love yourself before you love someone else "
familiar kan ngan quote kat ats tue.
tapi betulkah kita begitu sayangkn diri kita sendiri berbanding orang lain?

ketika anda sedang membeli belah dengan teman anda,
anda meminta pendapat teman anda untuk sehelai baju yang cantik
anda begitu teruja menerima pujian dari si teman
yang mengatakan baju itu cantik dan sesuai untuk anda
tapi anda tahu, anda tidak mampu untuk membelinya ketika itu
tapi anda tetap membelinya dengan meminjam sedikit duit dari teman anda
bukankah itu menyeksa diri namanya?
nampaknya anda telah membuatkan diri anda berhutang
demi sehelai baju yang dikatakan cantik oleh teman anda
berbaloikah tindakan anda itu?
hanya kerana teman anda mengatakannya cantik, maka anda tertarik
bagaimana pula pandangan anda terhadap baju itu?
buat suatu pilihan itu kerana anda yang inginkannya, bukan orang lain

anda berhias dengan anggun dan segaknya
dengan barangan yang berjenama bagai
nampaknya anda memang menyayangi diri anda
kerana anda begitu mementingkan penampilan dan
membuatkan orang suka melihat anda
tapi, bagaimana pula dengan rohani anda?
spiritual anda?
telahkah anda hiaskan ia dengan sebaiknya?
adakah ia sama dengan seanggun dan sekacaknya anda?
nampaknya anda hanya menyayangi luaran anda sahaja
sedangkan dalaman anda sedang tenat



anda begitu berhati-hati dalam setiap tindakan anda
anda bertutur dengan cermat
anda berfikir dengan kritis
anda mendengar dengan teliti
nampaknya anda menyayangi pancaindera anda
tapi bagaimana pula dengan hati anda?
terluahkah segala yang terbuku?
teruraikah segala yang tersirat?
luahkan segala rasa anda jika anda menyayangi diri anda
kerana jika anda hanya memerapnya di dalam
hati anda sendiri yang akan terluka
anda terluka kerana perbuatan anda sendiri
adakah itu tandanya anda sayangkan diri anda?

pernahkah anda hadiahkan sesuatu untuk diri anda?
katakan anda telah berjaya menjadi seorang pelajar terbaik ataupun pekerja contoh,
adakah hadiah yang anda peruntukan untuk diri anda?
alhamdulillah kalau ada.
adakah barangan mahal ataupun sekadar janji puas hati?
anda sanggup berhabis beratus ringgit untuk bopren ataupun gulpren anda
kenapa tidak untuk diri anda sendiri
jangan lokek untuk berbelanja untuk diri sendiri

anda begitu prihatin dengan kesihatan orang sekeliling anda
bagaimana pula dengan diri anda?
anda sedarkah keadaan kesihatan anda?
adakah anda mengambil langkah-langkah yang terbaik
untuk memastikan anda sentiasa sehat?
bagaimana cara anda?
makan pada waktu yang tetap?
mengambil makanan yang seimbang?
melakukan senaman?
ataupun sentiasa berfikiran positif?
makan pada waktu yang tetap + mengambil makanan seimbang
+ melakukan senaman serta berfikiran positif
masih lagi tidak cukup untuk membuatkan anda menjadi seorang yang sehat
bagaimana anda ingin sehat jika otak anda mengalami tekanan?
ataupun jika hati anda terseksa?

ambil masa untuk anda menilai diri anda
untuk menilai tahap kesayangan anda terhadap diri anda sendiri
betulkah anda begitu sayangkan diri anda berbanding orang lain?